Thursday, February 24, 2011

. terasa hati ? .

Terima Kasih Kawan atas kata-kata itu !
Hanya tersenyum melihat / membaca ia kerana ia bukan ditujukan untuk kamu. Tapi kamu ??
Saya tidak buta mengenai cinta tapi ini ruangan hidup kami, as what we said...tempat kami merapu.. =)
What ever u wanna say, its your problem..Go on babe...We don't ever care because we know what the truth.
Seandainya saya gadis yang tidak baik dan bersama lelaki yang sama jua, at least kami bersama usaha untuk jadi yang lebih baik. InsyaAllah..

p/s ; 
Senyumlah ! Senyum itu penawar duka.
Ikhlaslah hati, dapat membuang negative thinking yg ada.
Jom.. Sama-sama muhasabah diri.


.

Wednesday, February 23, 2011

. rona kehidupan .

aku cinta padamu
aku sayangkan kamu
aku tak sanggup kehilangan kamu
aku sanggup bermatian demi kamu
seandainya kita tak bersama,aku lebih rela mati

i love u / i miss u / i need u / i want u

homaigod ! mesti kita selalu dengar ungkapan nie kan? dalam drama2 telebisen, filem2 or iklan.. selalunya ungkapan ni akan dilafazkan bagi pasangan yang bercinta?  Wah ! Indahnya cinta yang dikecapi bersama-sama. Umpama dunia ini ana yang punya !! hahahaa... Tak ada insan lain yang dilihat. Letak depan mata Shah Rukh Khan / Salman Khan / Siti Nurhaliza / Britney Spears. Semua itu tak pandang ! Sampaikan kentut pasangan pun bau wangi...adeh..inilah alam bercinta. Orang kata cinta itu buta, salah tue...cinta tak buta.Tapi orang yang bercinta tue yang buat-buat buta, bila da buta...tangan  pun meraba-raba la...atoii...=)

Bila tengah bahagia semuanya indah belaka, kena marah / kena maki semua tue buat-buat pekak aje. Sebab ape?? Takut sangat nak kehilangan orang yang dicintai..Itu takpe lah, paham la juga..sebab da sayang sanggup ikut kehendak pasangan tapi si pasangan lak balas balik layan tahapahapatah.. sabaq la hati bila tengok pasangan camni. Bila tengah syiok bercinta, apa orang cakap semua tak ambik peduli. Ape yang penting dia ada disisi..Adoyai,beragak la skit kawan. Kita bercinta untuk bahagia bukan jadi hamba. Tak ngape la,orang tgh hangat bercinta.

TAPI

Bila hubungan da tak hangat, haluan masing-masing. Perlu ke dicanang bagai nak rak keburukkan EX ? Akai taruk mana...Mase sedap bersama sikit tak ingat keburukkan.bila da tak bersama macam-macam tohmahan yang dilempaqkan..hish,rase nk buh penyepak ja orang camni ! Dah tue,boleh pulak menghina / mencaci / mengeji EX yang pernah disanjung dulu bagaikan permaisuri / raja yang tiada gantinya. Apalah, blajaq tinggi-tinggi..tapi bahasa / adab memang out ! Kot ya pun da tak bersama,diam-diam sudah la. Carry on ur life as well with ur new life. Jangan la cepat melatah / melenting. Malu o0o0o0o.....Orang lain melihat.


berperasaan ;
Janganlah membengapkan diri sebab cinta. Kelak binasa diri. Biarlah cinta sesama manusia itu berlandaskan agamaNya. InsyaAllah, Allah akan merahmati perhubungan tersebut.

tidak berperasaan :
Kita hidup bermasyarat. kita ada ahli keluarga jua,jangan sampai satu hari,ape yang kita buat terkena balik pada ahli keluarga. Hidup umpama roda / Hukum karma sentiasa berjalan. Jadi,berhati-hati dlm berbahasa / tingkah laku.


.

Monday, February 21, 2011

. pokpek pepagi .


. Dalam kehidupan kita,orang tua-tua selalu menasihati kita yang muda nie, dalam berkawan biar pandai memilih. Jangan melihat pada luarannya yang segak bergaya / berkedudukan / berharta. Itu hanya sifat duniawi sahaja,sebalik nilailah hati sebaik mungkin / selami jiwa / kenal peribadi seseorang yang kita hendak kenali. Jangan menghukum seseorang yang tidak berharta sebagai seseorang yang tidak berguna. Adakah mereka yang berharta mampu memberi kebahagiaan yang ikhlas? Adakah mereka yang mempunyai kereta mewah memberi kita cinta yang suci? Adakah mereka yang berumah besar boleh menerima seadanya kita ? Tepuk dada,tanyalah hati. Inilah rona kehidupan yang berputar setiap minit. setiap hari ,setiap masa hinggalah akhir zaman. Pelbagai manusia dengan pelbagai ragam kita akan temui.

Itu baru muqadimah. hehe..interest yg saya bagi nie adalah berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri dari kaca mata seorang perempuan yang sederhana. Saya selalu lihat, gadis-gadis zaman sekarang lebih memilih lelaki yang sedia ada kedudukannya sehinggakan sanggup bermadu / mengambil suami orang sampai bercerai berai. Tak dinafikan kedudukan itu penting bagi menjamin masa depan. Gadis berhak memilih jejaka yang sempurna untuk dijadikan suami yang bakal membimbing sebuah keluarga sempurna berlandaskan agamaNya. Tapi jangan pula mendirikan masjid atas keruntuhan masjid yang lain. Fikirankan andai itu terjadi pada kita. ermm...

First...yang paling best ! saya mengalaminya sendiri. Pada luaran dia memang sempurna. Mempunyai kerjaya yang boleh mejamin masa depan,berkedudukan dan sebagainya. Malangnya suami orang ? Oh no ! Hidup bermadu ?? Terima kasih,isterinya terlalu sempurna. Perlukah mencari isteri kedua ? Saya tidak tegar melakukan sedemikian kerna saya jua wanita,pastinya saya fahami situasi apabila orang mengambil suami saya. Saya mengundur diri. Para suami,hargailah wanita yang sudah bergelar isteri. Andainya ada salah si isteri,bimbinglah ia. bukan mencari yang baru. Next !! biasalah dalam kehidupan kita pasti akan bertemu dengan ramai orang yang cuba mendekati kita. Pada mulanya saya terpaut dengan sifat romantiknya / caring / baik. Mana-mana gadis akan berkata ! He's my Mr. Right !!!! hahhaaa....pada luaran sahaja dia sebegitu. Bila diselidik latar belakang..Oh my god !!! BUAYA DARAT ?! hahaha....luckly tahu awal... so,the conclusion..larikkkkk.......! Takkan nak stay nk buaya? xmo laa...even carier dia boleh memberi kesenangan hidup tapi kesenangan hati bagaimana?? tidak !

Justeru itu,kita fikirlah sebaik mungkin...muhasabah diri sebaik-baiknya..Nilai pasangan yang kita hendak jadikan pasangan sehidup semati. Jangan menyesal kemudian hari. Yang penting ! jangan tangkap muat aje !! kelak binasa diri..Bagi saya,walaupun dia tak kacak / hitam / muncit / tidak berharta. Tapi ada sesuatu yang saya sangkut hati padanya. Keikhlasan si dia menerima saya seadanya / menyayangi saya sepenuh hati / sanggup berkorban demi hubungan kami. Saya tidak perlu dibawa makan ke hotel 5 star / shopping barangan berjenama lebih2 / tengok waayang hari2. Cukuplah sekadar dia menyenangkan hati / melapangkan jiwa. Itu sudah membuatkan hidup saya berjalan lancar. Apa pun,kita mampu merancang. Segalanya Dia yang menentukan. Kita sebagai manusia biasa yang kadang kala terlepas pandang / terlajak kata / tersalah perbuatan. JOM ! patah balik...mula dari zero..berdasarkan agama Allah. Pasti segalanya akan diaturkan dengan mudah. InsyaAllah..



.

.meeting of sibling.

kata sepakatnya :

  • Jangan buat hal lagi.
  • Berpakaian biar sopan.
  • Jaga tutur kata.
  • Jaga tingkah laku.


kesimpulannya ; Jaga diri,hiasi peribadi.


to my bro & sissy ;
really sorry bout the past.
i'll change my lifestyle,my attitude and etc.
sorry. ='(



Sunday, February 20, 2011

. tanda dia cinta saya ? .

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


.i'll do what u do for me.
i'll love u with my own way.
i'll care our relation as well till the end of the time.


Saturday, February 19, 2011

. bakal isteri ? .

Syarat² utama Wanita yang ingin dijadikan ISTERI adalah cari yang BERAGAMA, dan yang BERAKHLAK
Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan Wanita ini:-



“Jangan engkau kahwini wanita yang enam sifat ini,

1. Jangan yang AL- ANANAH,
2. Yang AL-MANANAH,
3. yang AL-HUNANAH,
4.  yang AL-HUDAQAH,
5. yang AL-BURAQAH
6. AL-SALAQAH.”



Wanita Al-Ananah:

* Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Yang banyak komplen (bagi benda x pernah cukup)



Wanita Al-Mananah:

* Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”
Sikit² mengungkit “Baju U tu I beli tau!” “Moto yg U naik tu I beli tau"


* Jangan kahwin dengan wanita seperti ini kerana nanti dia akan ungkit.



Wanita Al-Hunanah:

* Wanita yang teringin kepada orang lain. “waktu bertunang dia dok tgk lelaki lain, yg mcm ni jgn kahwin, cancel”


* Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.



Wanita Al-Hudaqah:

* Wanita yang bila dia nak sesuatu dia paksa sampai dia dapat benda tu..


* Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. (Contoh: jika dia nak baju, dia nak juga sehingga memaksa suaminya supaya beli juga.)



Wanita Al-Buraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, sehingga mengabaikan makan minum.
2) Tidak pernah puas dengan pemberian suami.
3) Wanita yang sibuk berdandan dan bersolek, setiap masa asyik bersolek ja..



Wanita Al-Salaqah:

* Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.



Jangan kahwin dengan wanita yang 6 di atas...



Glosari:

1. Lagha : sia-sia

Nota:

*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.



Wallahu'alam..

 
 
 

Wednesday, February 16, 2011




If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you.



Love is a special feeling given to humans. Love turned the soul. Love makes a person happy and miserable at the same time. Anybody who understand love will be the love’s master, not his servant.





. attitude 1 .

bangun pagi...gosok gigi..mandi2...solat subuh....teruskan rutin hari...

wahhh...hati da mula rase lapang. Alhamdullilah...syukur kepada Allah yang telah memberi ketenangan dalam hati ini. Moga ketenangan ini berkekalan. amin...

Tengah dok bersenang2 nie kan..tetiba la kan teringat satu peristiwa mengenai seorang gadis yg agak demand. Maybe dia nie terlalu meletakkan diri tinggi melangit kot, sampaikan orang lain pun tak dipandang,kalau pandang pun belom tentu dua2 belah mata. Tak nafikan la dia nie ada good future tp babe,kalau good future tapi ur attitude cam tahapahapa buat ape... Belajaq tinggi2 tapi adab dengan orang tak ada. Untuk ape?? Kekononnye la dulu,dia nie nak show la dia seorang yang setia ngan boifren dia. Tak mau lukakan hati BF / tak mau org salah sangka kalo contact ngn laki lain / tak elok seorg isteri lyn org lain selain suaminya. What?! hahaha...ok la,aku salute la gadis nie nak jage hubungan diorg,berbanding aku nie yg mmg fren ngan laki. Tapi yg lawaknye, pas dia mention camtu...boleh lak dia pi menempek kt FB laki lain yang dia dok drop dulu...dulu bukan kemain beria jgn kaco life dia sebab dia dah punya pilihan hati,family pun ok,then la nie..camne?? Aduyai...ckp talak selupa bikin laa...Kalau da pegang prinsip TAK BAIK LAYAN LELAKI LAIN SELAIN SUAMI, buat ape hang yg terhegeh2 lagi dok cari laki yg hang drop dlu.. Alahai..lawak ar ngn hang nie. Memang aku gelak aje la skrg nie...Dulu mase cakap tak pikiaq,la nie...ape cite ?



! just see and laugh !


niat dihati bukan menjatuhkan air muka sesiapa,cuma ingin memuhasabah diri dalam berkata-kata kerna kita insan yg tidak sempurna.kita hidup bukan hanya seorang diri. kita hidup bermasyarakat. jadi,apabila dalam berbicara jangan dikawal dengan emosi. Kelak akan ditertawakan orang. saya berbicara atas apa yang saya lihat dan atas ape yang mereka berkata. =)
Berbicaralah dengan hati yang tenang dan fikiran yang lapang agar sesuatu yang dikeluarkan tidak memalukan diri.
wallahu'alam...




.

Thursday, February 10, 2011

.hanya mampu berserah.




Seandainya jodoh kita telah ditetapkan Nya.
sejauh mana terpisah,pasti akan bersama jua.
andainya dalam dunia nie hanya kita berdua.
tetapi jodoh itu tiada,pasti tidak akan bersama.









 

Monday, February 7, 2011

. suara hati .

Ya Allah,
Ya tuhanku..Yang Maha Mengetahui segala.
Kau ampunlah dosa-dosa yang telah kulakukan.
Kau ampunkan dosa kedua ibu bapaku.
Kau ampunkan juga dosa-dosa mereka yang aku sayangi.

Ya Allah,
seandainya dia milikku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
cantumkan hati kami dengan ikatan yang sah.
tetapi,seandainya dia bukan milikku.
Kau rahmati hidupnya bersama insan yang menyayanginya.
Kau berikan kebahagiaan di dunia & akhirat kepadanya.
aku bermohon kepadaMu Ya Allah.
Kau tabahkan hatiku menempuh kehidupan yang penuh dugaan & cabaran ini.
Kau berikanlah aku kekuatan didalam diri ini.
Kau tetapkanlah keimanan dalam hatiku.
agar aku tidak terpesong & tergoda dengan godaan duniawi.
amin..ya rabbil'alamin

Saturday, February 5, 2011

.pemikiran.

Hi all...lamanye tak update nie...
wahhh...sangat bersawang blog saya...hahahha...
sekarang nie sudah genap 20 tahun beberapa hari yang lalu..
takda party muda mudi..yg ada juzt makan2 aje....nnt update story morry ttg bufday saya !

sekarang nie nk citer ttg manusia yg mempunyao pemikiran yg kolot...
alamak babeh ! orang yg fikir ttg bomoh2 / guna2 nie...zaman dulu2 aje...asal la kau gelabah giler nie???
Dah kau dgn aku xda jodoh,tak payah la kecoh gi jaja citer yg kononnye aku nie guna2 kan kau supaya kau x leh lupakan aku. Mmg ko nie xda iman ke? ke iman ko ko da buang tak kemana hala...

sedap mulut aje kan kau cakap aku nie menduakan Allah. tapi aku tak heran,
dosa kau fitnah aku lagi besar dari dosa membunuh.
Aku tak heran la babe kalo kau nk cakap camtu sebab kau dengan family kau sememangnye pemikiran kotor ! Aku nk tengok sangat..guna2 yg aku hantar kat kau tue berkesan. Kalau berkesan giler, pasni aku nk buat perkhidmatan halus kepada org ramai...hahhaha....ok x idea aku??

p/s ; Seandainya memang betul aku aniayakan kau dan keluarga kau. Benda tue akan patah balik kat aku. TAPI kalau tak betul, sumpah sampai 7 keturunan kau takkan selamat !Sebab hal nie melibatkan keimanan aku kepada Allah. Kalau kau tak salah,kau takkan takut dengan kata2 aku nie. We'll see what happen.
hahahha....aku hanya mampu denyum dan ketawa sahaja. Terima Kasih manusia bodoh !