Thursday, November 14, 2013

Sepi bukan bermakna hilang.

Assalammualaikum.. Salam sejahtera keatas semuanya. Wah.. persis mahu berpidato kan? Alhamdullilah cheq masih sihat sejahtera sekarang nie bersama insan insan tersayang. Syukur Ya Allah atas nikmatMu. Masih lagi cheq berdiri diatas bumiMu. Agak berbulan bulan jugak la cheq tak online belog ni. Tidak lain tidak bukan, penyakit M mengunjungi diri ini. Ahakz.... hahahhaa.. sesepi diri cheq nie bukan apa, dok bahagia mengecap keindahan alam semesta bersama insan yang sentiasa ada disisi. Dalam beberapa bulan ni dok busy mengatur kehidupan mendatang sebenarnya. Dalam mengejar cita cita. Alhamdullilah sekali lagi, berkat sabar. Apa yang dicitakan insyaAllah akan bersama diri ini.

Tapi cheq nak citer ckit. Pengalaman sendiri ni ! Ewah.. Dalam hidup ni memang kita takkan jangka apa yang akan berlaku dimasa depan. Kita rancangkan A, sebaliknya C yang menjadi. Sebelum menjadi C kita terpaksa melalui liku liku kehidupan B yang agak mencabar. Sebenarnya Allah yang Maha Mengetahui segala dilangit dan dibumi. Dan, Dia berhak mengadakan dan mengidakkan. Sesungguhnya percaturan Allah dalam hidup cheq benar benar lebih membukakan mata zahir dan mati hati cheq bahawa tiada dugaan yang Allah berikan melebihi had kemampuan hambaNya. Cheq telah melalui saat saat kekecewaan kebuntuan hilang arah tuju. Saat tu cheq betul betul tak tahu apa yang patut cheq buat. Kehidupan harus diteruskan, tapi apa yang mampu berdoa. Allah telah mendengar luahan hati ini, dengan kehendaknya selepas cheq berusaha beberapa tahun ni. Alhamdullilah Dia memberikan peluang dan arah tuju kemana harus cheq membawa diri dan masa depan cheq. Seperti yang kita ketahui bahawa Allah itu Maha Kaya. Ya ! Sememangnya Dia sekayanya.. bukan satu tapi dua rezki yang Dia berikan. Tak cheq jangka.. Dengan ujian dan dugaan kehidupan cheq, rupanya Allah ingin memberi cheq sesuatu yang lebih baik dan meninggalkan yang tidak menghargai cheq.

Inilah dikatakan. Disetiap kesabaran kita dalam mengharungi segala kesakitan, kekecewaan, penderitaan dan segala dugaan. Ada sesuatu yang lebih baik menanti dihadapan. Yang pastinya sabar dan redha dengan segalanya.

Sesungguhnya segala kesakitan yang tercipta adalah pengalaman yang mendewasakan. Pengalaman kehidupan agak cheq lebih matang dalam meneruskan kehidupan yang lebih super dupper mencabar dan tercabar. Indahnya hidup ini bila kita mengerti segalanya.