Monday, December 9, 2013

luahan



awak...
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
saya rasa bersyukur sangat kerana Allah telah mempertemukan kita, dan Allah mempertemukan lagi kita dalam mengeratkan perhubungan ini. Sesungguhnya, tidak sekelumit didalam hati ini untuk membuka hati ini pada awak, Tapi, awak insan yang berjaya membuka pintu hati saya dan lantas membantu saya dalam kehidupan ini. Kita dipertemukan sebagai kawan, kita saling nasihat menasihati, berbincang, mendengar dan meluahkan segala yang terpendam didalam hati.

awak...
saya bahgia dengan hadirnya awak dalam hidup saya. tak sekali pun awak mengecewakan saya. awak sentiasa berusaha dan terus berusaha dalam memberi kebahagiaan kepada saya. walaupun saya ada mengecewakan awak.. berkali kali..  tapi awak tak penah putus asa untuk menceriakan hari hari saya. awak maafkan saya dan awak bahgiakan saya, Saya tak pernah jumpa lelaki macam awak.. Sampaikan suatu hari saya, KENAPA? Awak jawab.. " cinta dalam hati saya adalah untuk awak, selagi mana saya cintakan awak selagi itulah saya akan sentiasa membahgiakan awak. "

awak...
Terima kasih...

awak...
awak tak hensem, awak gemok, awak muncit,tak kaya, bibir x cun, tua ! hahahha...
Tapi saya tak kisah semua ni sebab...
hati awak kacak ! awak kaya dengan kasih sayang ! cinta awak sentiasa muda untuk saya. awak baik sangat sangat. Terlalu banyak pengorbanan awak untuk saya.

awak...
Terima kasih sekali lagi.