Saturday, October 10, 2015

Bilik Sewa di IPOH








Assalammualaikum.

Anda mencari Bilik untuk disewa ?
Hanya untuk LELAKI !

Saya ada DUA BUAH BILIK UNTUK DISEWA.



LOKASI ; TAMAN SYABAS, IPOH ( bersebelah Ipoh Garden East )
RUMAH DUA TINGKAT

BILIK 1 : KATIL QUEEN & TILAM / ALMARI PAKAIAN 

BILIK 2 ; KATIL BUJANG & TILAM / DRAWER

Bilik air berkongsi diantara Bilik 1 dengan Bilik 2


DAPUR BERSAMA KELENGKAPAN DAPUR DISEDIA. 
Boleh digunakan bersama.



Penting !!

  MENJAGA KEBERSIHAN 




hubungi : 
JU - 0124410090


                




Thursday, March 19, 2015

Mr.J lOVe CR





Bila kami bosan
Kami buat ape je untuk mencipta kenangan
Yang pastinya.. setiap hari adalah hari yang bermakna bagi kami..

Tisu pun boleh jadi bahan...



Tuesday, March 17, 2015

KEHIDUPAN



Jatuh bangun dalam kehidupan sesuatu yang akan menjadikan kita lebih kuat atau sebaliknya. Aku mengenai erti jatuh dalam kehidupan saat rakan rakan seperjuangan yang lain sedang bertungkus lumus dalam mengerja cita cita. Tapi, ia tidak sesekali mematahkan semangat aku untuk terus bangun dan berlari. Sekiranya aku tak mampu berlari, akan aku gapai impian walaupun terpaksa merangkak. Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya tanpa satu pun terselindung daripadaMu. Kau berikan aku semangat, Kau berikan aku kekuatan, Kau berikan aku jalan. Bangunnya aku untuk kali ini bukanlah untuk mendabik dada, tetapi aku bangun demi cita cita, aku bangun demi insan insan yang aku sayangi. Alhamdullilah, syukur padaMu Ya Allah.. separuh jalan aku sudah menjalani kehidupan ini. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup aku, Semoga Allah mempelihara aku,Semoga kejayaan dalam genggaman aku. Aminnn.. 


Sunday, January 5, 2014

Pekara Yang Merosakkan Perkahwinan



Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.

6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.


 Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.


 keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.


 Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.


Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua
keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.




Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.


Kepada Mr.J -
Moga kita saling menjadi yang terbaik antara satu sama lain,
moga segala permasalahan dalam perhubungan dapat diatasi,
moga perhubungan kita kekal sehingga akhir nafas,
moga segalanya diberkati Allah dan diredhaiNya.

Amin..amin..amin..Ya RabbilAlamin..


Monday, December 9, 2013

luahan



awak...
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
saya rasa bersyukur sangat kerana Allah telah mempertemukan kita, dan Allah mempertemukan lagi kita dalam mengeratkan perhubungan ini. Sesungguhnya, tidak sekelumit didalam hati ini untuk membuka hati ini pada awak, Tapi, awak insan yang berjaya membuka pintu hati saya dan lantas membantu saya dalam kehidupan ini. Kita dipertemukan sebagai kawan, kita saling nasihat menasihati, berbincang, mendengar dan meluahkan segala yang terpendam didalam hati.

awak...
saya bahgia dengan hadirnya awak dalam hidup saya. tak sekali pun awak mengecewakan saya. awak sentiasa berusaha dan terus berusaha dalam memberi kebahagiaan kepada saya. walaupun saya ada mengecewakan awak.. berkali kali..  tapi awak tak penah putus asa untuk menceriakan hari hari saya. awak maafkan saya dan awak bahgiakan saya, Saya tak pernah jumpa lelaki macam awak.. Sampaikan suatu hari saya, KENAPA? Awak jawab.. " cinta dalam hati saya adalah untuk awak, selagi mana saya cintakan awak selagi itulah saya akan sentiasa membahgiakan awak. "

awak...
Terima kasih...

awak...
awak tak hensem, awak gemok, awak muncit,tak kaya, bibir x cun, tua ! hahahha...
Tapi saya tak kisah semua ni sebab...
hati awak kacak ! awak kaya dengan kasih sayang ! cinta awak sentiasa muda untuk saya. awak baik sangat sangat. Terlalu banyak pengorbanan awak untuk saya.

awak...
Terima kasih sekali lagi.


Thursday, November 14, 2013

Sepi bukan bermakna hilang.

Assalammualaikum.. Salam sejahtera keatas semuanya. Wah.. persis mahu berpidato kan? Alhamdullilah cheq masih sihat sejahtera sekarang nie bersama insan insan tersayang. Syukur Ya Allah atas nikmatMu. Masih lagi cheq berdiri diatas bumiMu. Agak berbulan bulan jugak la cheq tak online belog ni. Tidak lain tidak bukan, penyakit M mengunjungi diri ini. Ahakz.... hahahhaa.. sesepi diri cheq nie bukan apa, dok bahagia mengecap keindahan alam semesta bersama insan yang sentiasa ada disisi. Dalam beberapa bulan ni dok busy mengatur kehidupan mendatang sebenarnya. Dalam mengejar cita cita. Alhamdullilah sekali lagi, berkat sabar. Apa yang dicitakan insyaAllah akan bersama diri ini.

Tapi cheq nak citer ckit. Pengalaman sendiri ni ! Ewah.. Dalam hidup ni memang kita takkan jangka apa yang akan berlaku dimasa depan. Kita rancangkan A, sebaliknya C yang menjadi. Sebelum menjadi C kita terpaksa melalui liku liku kehidupan B yang agak mencabar. Sebenarnya Allah yang Maha Mengetahui segala dilangit dan dibumi. Dan, Dia berhak mengadakan dan mengidakkan. Sesungguhnya percaturan Allah dalam hidup cheq benar benar lebih membukakan mata zahir dan mati hati cheq bahawa tiada dugaan yang Allah berikan melebihi had kemampuan hambaNya. Cheq telah melalui saat saat kekecewaan kebuntuan hilang arah tuju. Saat tu cheq betul betul tak tahu apa yang patut cheq buat. Kehidupan harus diteruskan, tapi apa yang mampu berdoa. Allah telah mendengar luahan hati ini, dengan kehendaknya selepas cheq berusaha beberapa tahun ni. Alhamdullilah Dia memberikan peluang dan arah tuju kemana harus cheq membawa diri dan masa depan cheq. Seperti yang kita ketahui bahawa Allah itu Maha Kaya. Ya ! Sememangnya Dia sekayanya.. bukan satu tapi dua rezki yang Dia berikan. Tak cheq jangka.. Dengan ujian dan dugaan kehidupan cheq, rupanya Allah ingin memberi cheq sesuatu yang lebih baik dan meninggalkan yang tidak menghargai cheq.

Inilah dikatakan. Disetiap kesabaran kita dalam mengharungi segala kesakitan, kekecewaan, penderitaan dan segala dugaan. Ada sesuatu yang lebih baik menanti dihadapan. Yang pastinya sabar dan redha dengan segalanya.

Sesungguhnya segala kesakitan yang tercipta adalah pengalaman yang mendewasakan. Pengalaman kehidupan agak cheq lebih matang dalam meneruskan kehidupan yang lebih super dupper mencabar dan tercabar. Indahnya hidup ini bila kita mengerti segalanya.


Friday, May 24, 2013

Episod 1: Pertemuan yg xpernah dirancang bersama 'gadis lesung pipit'

   Assalamulaikum....hehehehe...pertama kalinya dlm sejarah hdup aku, aku menulis blog..gile wei Mr.J menulis dlm blog.apepun pengalaman aku, ini merupakan pengalaman yg nk aku kata lucu pn ada, sweet pn ada. Yg pastinya ia tlah mjadi sjrh yg xmungkin dpt ku lupakan dlm diari hdup aku...
   Waktu tu dlm suasana bln ramadhan thun lepas (2012)..aku dgn kengkawan lepak2 kt dtrn.biasa la mengisi sisa2 waktu untuk menanti sahur dgn geng cefiro..dlm masa kitorang tgh melepak boleh pulak dtg sorang awek ni.dia dtg nek wira marron..aku igt sape, rupe2 nye awek tu knl dgn salah seorang mmb aku.mulanya aku ignore je cuma aku terpaut bila tlihat lesung pipit dipipi kirinya....sweet je mcm nk ku gigit2...tp xleh anak orang tu...then aku n kengkawan lepak mnum kt pesanjung n yg bestnye awek lesung pipit tu pn ikut sm..die dok sblh aku tp aku xbtgur lnsg dgn die..dh puas pekena teh mamak kmi pn gerak lpk polo pulak..
   Tgh dok seronok smbg2, awek lesung pipit tu nk blik dh.tp aku xnk bg blik sbb aku lum puas smbg2 dgn die..so, aku mencari helah la.hehehe..sj je ngayat nk ajak race.hehehe..gile pe cefiro nk ajak wira men..kbtln pulak laluan die nk blik sm dgn lalun aku so kmi grk skali aku ikut dr blkg..dlm ht ni dok berteka-teki nk minta no phone..smp kt 1 smpg aku potong kete awek ni n aku bhnti kt dpn.igt kn die nk bhnti rupe2nye die terus je.yg xthn nye awek siap lambai2 kt aku padahal aku bhnti dgn hrpn die pn akn bhnti.leh la aku minta no phone...tp huhuhuhu....melepas aku!tp xpela mgkn next time kmi akn bjmpa lg..ht dh bkenan apa pn sgup kn..hehehe...
   So, utk cerita kisah pertemuan antara aku dgn gadis lesung pipit ni, mcm mn aku dpt no phone die, smuanya akan bsambung lg dlm episod yg akan dtg...so, nantikan episod akan dtg ye....kepada gadis lesung pipit...nice to meet u..

Wednesday, May 15, 2013

Daripada hati kecik CR



Kedinginan malam itu menyapa pipiku. Bertemankan airmata. Setiap langkahku berlalu tanpa arah tuju, hanya untuk menghabis sisa sisa malam itu seperti hari hari sebelumya. Dengan berbekal sedikit semangat yang tersisa, aku meneruskan kehidupan walaupun berat dan payah untuk aku menerima akan dugaan ini. Tapi, berbalik pada kata kata yang selalu kedengaran di telinga ini yang Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuanya. Ya ! Pastinya aku mampu menangani segalanya walaupun tiada berteman dan perit. Berlalulah ia pergi seperti mana yang aku inginkan. Dalam cubaan mengembalikan semangat yang tersisa, separuh hati yang telah pergi. Aku bertemu dengan seorang lelaki yang langsung tidak menarik perhatianku. Dalam perbualan yang rancak bersama sama rakan yang lain, aku hanya melihatnya sepintas lalu. Tidak langsung dihati aku untuk menyapanya atau berkenalan dengannya. Dia jua sebegitu, tidak berbual denganku. Masing-masing jual mahal.( ya kan? mr.j ) Malam itu diteruskan dengan berbual kosong bersama rakan rakan yang lain. Saat aku ingin pulang, dia menyata ingin pulang bersama aku kerna laluan kami sama. ( masing-masing naik kereta. ok !) Setibanya aku di persimpangan tamanku, aku melihat dia berhenti di tepi jalan. ( nak tau kenapa? tunggu entry drpd mr.j )  Dan, aku hanya meneruskan perjalanan ke rumah.

Berlalulah pertemuan pertama kami. Berlalu jualah hari hari seterusnya tanpa perkenalan. ( apa ya yang ada dalam hati mr.j ? ) Aku? tidak punya apa apa rasa kerana bagi aku cukuplah sesuatu peristiwa yang mengguris hati ini. Cukup sudah rasanya untuk punya pasangan. Proses untuk mengembalikan semangat yang akhirnya berjaya. Terima kasih atas sokongan kawan kawan rapat yang setia bersama aku. ( sayang korg ! ) Dan, ketika itu aku mendokan kebahagiaan mereka yang menyakiti aku kerana sesungguhnya kesakitan yang mereka cipta telah membuat aku menjadi lebih kuat. Suatu malam yang renyai, aku bertemu rakan rakan aku dan lantaran itu bertemu lagi aku dengan si dia yang dulu pernah bertemu. Sekali lagi, pertemuan yang tak diduga. Masih lagi aku dengan sombongnya, kerna bagi aku malas untuk mencipta suatu perhubungan dengan lelaki walaupun sekadar kawan. Tapi. siapa sangka.. rakan aku sendiri meminati si dia. Tetapi, aku terperasan yang dia hanya endah tak endah akan rakan aku tadi, Argghhh.. malas nak ambik port pun masa tu. Yang aku tahu, berbual dengan rakan rakan yang lain. Dan, tup tup... terpacul dia disebelah aku. Dan,kali ini dia cuba berbual dengan aku. Orang berbudi, kita berbahasalah. Bicara yang tidak lama mana, aku mahu pulang. Dari riak wajahnya aku melihat sesuatu yang...... ( ape ye mr.j ? ) hehehehee..... Baliklah aku malam itu. Saat aku ingin melelapkan mata, kedengaran nset aku berbunyi. Nyata sekali aku tidak mengenali nombor itu ! Hahaha ! Dia telah meminta nombor aku pada kawan aku, teruskanlah perbualan malam itu. Cubaan mengenali siapa aku dan siapa dia. 

Selepas pertemuan itu, masih jua aku dengan perangai sombong. Maklumlah, bukan mudah untuk berkawan dengan seseorang selepas hati terluka. Kesian sangat pada dia. Setiap hari pasti ada mesej daripada dia. Aku hanya balas 2 3 mesej, selepas tu terus aku mendiamkan diri. Tapi aku nampak akan kesungguhannya yang cuba mencipta suatu hubungan antara kami. Tapi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan, aku memberi alasan budakbudak pada dia kenapa aku tidak membalas mesejnya. " maaflah! saya jarang top up "  munasabahkah zaman sekarang mudamudi takda kredit ? hahaha...lawaknya alasan aku masa tu. Sehingga aku menerima mesej ala ala sweet... ( apa?? next entrylah, mr.j will be the writer ) Aku masih meneruskan perangai aku, dan dia tak give up langsung walaupun lama jua aku begitu. He's so sweettttt~! Sangat penyabar untuk mengenali aku lebih dalam. Teruslah dia menghubungi aku walaupun aku hanya endah tak endah. Akhirnya terbuka hati aku pada suatu petang untuk bertemu dengannya. Pertemuan yang dijanjikan membawa kami ke Taiping bersama sama rakan kelab kereta dia. Di sini, kami bermula bicara dengan lebih rapat. Ya ! Dia seorang lelaki yang berbeza. Sifatnya yang peramah dan aku yang banyak mulut membuatkan kami tak henti henti bergosip, gelak tawa bersama. Dia yang sangat menghormati kaum hawa membuatkan hati aku terpaut. Dan, paling penting cara dia memandang dunia dan kematangannya. Sungguh berlainan benar caranya. Maka, terbuka hati aku untuk berkawan dengan dia. Sekurang kurangnya dia sentiasa ada bila aku berbicara akan kekecewaan aku. Begitu jua dia, siapa tahu dalam gelak tawa dia terpendam sesuatu yang tiada siapa memahami. Dalam kehidupan yang kelihatan sempurna terselit sesuatu kekosongan. Dan, siapa tahu.. pertemuan dan perkenalan kami telah menjadikan ia suatu hubungan yang lebih akrab. Kami saling meluahkan kesedihan dan kekecewaan. Dan, kami jua saling nasihat menasihati. Lantaran, rapatlah perhubungan ini. Tetapi, sejauh mana hubungan ini akan mampu pergi, hanya Allah yang tahu. Aku dan dia hanya menyerahkan segalanya pada takdir. Tapi yang pasti, dia adalah insan yang baik dan sangat beruntung sesiapa yang memilikinya. Aku? Menyerahkan segalanya pada qada dan qadar. 













Monday, May 6, 2013

malam itu...


Pertemuan pertama yang tidak dirancang. Setiap atur langkahku sudah ditetapkan olehNya yang mengetahui di langit dan di bumi. Dengan membawa hati yang lara, dengan kekecewaan yang tiada berteman.. aku meneruskan langkah malam itu tanpa seorang pun tahu ape yang tersirat dan tersurat. Hanya senyuman palsu yang terukir di bibir ini. Dalam tawa aku menyimpan seribu kesedihan. 

Pertemuan kali pertama yang takkan pernah aku lupakan. Disaat cuba untuk bangun kembali aku bertemu dengan seseorang yang bisa membuat aku ketawa dengan gelagatnya yang agak peramah. Tapi masih lagi aku berlagak sombong, tidak mahu hati ini diterokai oleh mana mana insan yang bernama lelaki. Berbulan lamanya aku menyepikan diri dan meninggalkan tanda tanya pada dirinya siapa aku. Takdir menemukan kami kembali. Berbicara kami lagi. Dan, kali ini si dia tidak melepaskan peluang untuk mengenali diri ini. 

Masih lagi aku dengan watak sombong.. tapi si dia tidak pernah putus asa untuk berhubung dengan aku. Terdetik dihati aku, apa salahnya untuk berkawan. Tidak semua lelaki itu sama kan? Ternyata ! Si dia amat berbeza. Sangat menghormati dan menjaga diri ini sebaiknya.
Alhamdullilah.. dipertemukan dengan insan yang banyak memberi dorongan dan semangat. Hanya Allah yang bisa membalas segala kebaikanmu pada diriku.
Hati ini terbuka sudah untuk dirimu.
Dia adalah MR.J

Semoga perhubungan kita diredhaiNya.


Sunday, May 5, 2013

I'm back !

Assalammualaikum...

Wahhhhh....lama betul tinggalkan belog nie..dah macam hape aje rasanya...almaklum laaa.. macam2 yang berlaku dalam kehidupan nie membuatkan diri ini mengalami kemalasan yang terlampau.. pelbagai dugaan membuat diri ini takda mood nak menulis belog buruk nie.. tapi ! Alhamdullilah..berkat sokongan dan dorongan daripada insan yang menyayangi diri ini. Cheq kembali seperti sediakala dan meneruskan  kehidupan ini disamping insan yang ikhlas menyayangi diri ini seadaanya. Syukur..

Apa yang berlaku biarkan ia terus berlalu. Hidup harus diteruskan. Kegagalan dalam masa lepas bukanlah bererti gagal selamanya. Kan? Semoga diri ini terus tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang pastinya ada kenangannya tersendiri. Terima kasih pada yang tidak pernah putus asa berada disisi diri ini untuk bangun kembali. Terima kasih jua pada yang menyakiti dan megecewakan, ia adalah suatu pengalaman yang mendewasakan diri ini agar matang dalam menangani masalah kehidupan. Terima kasih semua.

Saturday, May 4, 2013

fakta hati

Terkadang apa yang kita impikan takkan tercapai seperti yang dirancang walaupun pelbagai usaha dilakukan dan melalui pelbagai cabaran untuk mengapai impian tersebut. Sebab itulah adanya perpatah ' kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya. Apa yang mampu, janganlah meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu yang tak pasti. Kelak, diri sendiri yang akan kecewa dan punah. 

Tapi dengan setiap pekara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kekecewaan dan kesedihan pasti kebahagiaan menanti dihadapan. Cuma jangan pernah berputus asa dan mengalah dalam mencari kebahagiaan disamping berdoa padaNya.

Tuesday, February 7, 2012

Hari saya mendapat kunci !


3 Februari 2012

my 21st birthday.

Thanks to all wisher.

May Allah bless all of you.

.
.
.
.
.
.
.
.

birthday's prank ???
hahhahhahahahaa.... as usually, i'm saved in every year !
no teloq and tepong !!!
Picture yea ???
ADA ~~!
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tiramitsu cake for birthday's girl, 


happynye muka cheq




.END. 






Wednesday, October 12, 2011

Cermin

Selain cermin mati di rumah kita itu , kita perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita , untuk melihat siapa kita , dan menilai siapa kita. Cermin hidup adalah insan yang kita yakini, yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita , apa kita , bagaimana kita di khalayak sebenarnya . Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar . Kalau kita ada tahi lalat , cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat tersebut , tapi kalau kita ada sifat buruk disebalik wajah yang cantik ataupun yang handsome itu , bolehkah cermin mati beritahu kita ? Jawapannya TIDAK !

Sebab itu , kita perlukan cermin hidup , iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita , perangai kita , sifat buruk kita , tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita , sifat panas baran kita , sikap buruk kita dan pelbagai lagi sifat mazmumah. Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri , tanpa ragu - ragu , tanpa takut-takut, tanpa was-was . Maknanya cermin hidup ini adalah seseorang yang amat jujur , baik , berhemah , tapi tidak begitu rapat dengan kita , namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya kepada kita mengenai hal kita sendiri,

Hah ! Mampukah kita mendapatkan orang seperti ini ?

Inilah watak cermin hati kita , cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagaimana wajah kita , bagaimana hidung kita , bagaimana biji mata kita , tetapi memberitahu kita jauh lebih daripada itu . Cermin hidup kita ini akan memberitahu kita secara jujur siapakah kita yang sebenarnya . Dia akan memberitahu bagaimana hati kita . 
Nak cari dimana orang macam nie ? InsyaAllah kita akan ketemuinya.


Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahabat itu belum tentu banyak . Jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.





p/s : silalah jadi cermin saya, komenlah apa saja. =D


Tuesday, September 27, 2011

. kanak-kanak X matang .

Hii~!!!
malam nie kita kasi gosip sket.. blog nie da lama mendap aje kan ! So, pada empunya diri yang bakal di gossipkan nie membaca entry nie, harap maklumlah ! Saya menjadikan kamu sebagai cerita malam ini. Sendiri mau ingatlah ! Sapa suruh terlebih adab sangat kan....! Alkisah bermula daripada sini :-

Si BF adalah sepupu teman lelaki cheq, almost 3 days he's here, in Ipoh. We spend a good time together. Kami pergi melalak, main bowling, jalan-jalan dan macam-macam lagilah ! So, we called him as a JANTAN JALANG sebab nama manja dia JJ . So, no wonderlah kalau kawan-kawan bergurau macam tue kan. Bila si JJ nie dah balik ke Kuala Lumpur, kami teruskan berhubung secara laman sosial yang tengah HOT sekarang nie, kalau bukan lagi FACEBOOK kan ? Cheq pun add la JJ sekali pakej dengan GF dia. Maka. ini yang terjadi :





OMG ! Baru gurau sikit da mengelabah ! Tiba-tiba aje nak main sound, dah terang-terang cheq melawak kat atas tue, siap perkenalkan diri lagi. Konon nak tunjuk langsi tahap 1 la tue. Selepas itu :



Cheq pun malas nak panjang-panjangkan cerita, cheq oklah nak minta maap kat si RATU GNIUS tapi x genius pun, bengap jugak ! Walaupun dia tue pangkat adek-adek. Tak kuasa mak nak melayannye nokk... Tapi dia boleh hangin sebab cheq add fesbuk BF dia dan tulis 2 perkataan " JANTAN JALANG ". alamak,kalau nak marah sekali pun, janganlah nak main serbu je, macam tak boleh nak tanya elok-elok sebab dan mengapa org panggil BF dia lagutue..  THEN ? Dia terus BLOCK ! hahahha... 


Wah2.. Kemain lagi si RATU GNIUS nie maki cheq. Tapi maap la ea.. Mak bapak cheq tak ajaq bahasa kesat macam dia. Bahasa kasar sikit-sikit tue ada la, pengaruh kawan-kawan. HEHEHEHE~! RAJA GNIUS nie fesbuk Bf dia.. Kelamlah minah nie, belom ape-ape main maki. TAPE, tak matang~! Dalam mesej fesbuk pun ada juga makinye, malas nak tayang kat sini. Cantik sangat bahasanye, kang habis kotor plak blog cheq ! So, pada kawan-kawan sekalian. Kot sayangkan pasangan tue, janganlah tahap melampau. Sampai kawan-kawan nak bergurau pun tak boleh, baik DOK DALAM ALMARI, KUNCI DENGAN MANGGA ! tak pun simen skali, tak dengar gurauan orang ! Ini kehidupan ! Takkan lah orang cakap sikit nak percaya 100 % ! pastu nak main langgaq jew. Memang kau BODOH lah ! Sorry to say la dear ! balik belajaq lagik k ! Adios... hehehe.. 



P/S : PEACE NO WAR !
 
 

Wednesday, September 14, 2011

. Mereka kegilaan saya .

Assalammualaikum..

terlalu lama cheq tinggalkan blog nie, seperti biasa..penyakit M da melanda diri..
skang nie cheq just nak citer tentang BFF cheq !
sape yg dah pnh baca post2 sebelum nie tau la dorg nie sape..hehe..
nielah video yg terjadi ape bila kami bertiga bersama dan melalak ! 

Enjoy !


penyanyi kesepian pulak.



seyesly memang enjoy bila kami bersama,
just girl without bf..hehe...
melalak bagai nak gila / gelak macam hantu / huru-hara / 
semuanye ada...
they are my mummy and baby  !


Wednesday, August 24, 2011

. Luahan hati si kecil .


We never know what's your name,
We never know how old are you,
We never know where you from.
and, we never know who really you are.

But,
we accept you even we never know about you.

We give you home,
We give you food,
We give you cloth,
We treat you nicely,

Even,
we just know a liltle bit about you.

We try to know more about you,
We try to be nicely toward you,
We try to love you,
We try to accept you be a part of us,

Then,
we give you one of our beloved.

We hope,
You can take a good care of our beloved,
You can continue our generation,
and, you can build up one family tree based on our blood.

But,
it just a DREAM !

Once you get what you want,
You get rid of us from your life,
You offend about us,
You talk shit about us,
You make up nonsense stories,
You bring up unpleasantness between you and us.

But again !
We never care what you have DONE !
We just leave all this to Allah,
Qada' and Qadar.

May Allah bless you.




Saturday, July 9, 2011

. mother's day competition II .

Hi kawan-kawan !!
hari tue cheq ada masuk pertandingan Hari Ibu.
ini dia entry yang lepas.. klik sini .
so,ini event yang cheq pegi ngan mak..
takda la dapat tempat pertama or kedua..
SAGUHATI je babe...
tapi cheq bangga sebab cheq satu-satunya finalist melayu !!
hahaha..so, boleh bayangkan la..event yang dipenuhi org cina,
ditengah-tengah terselit melayu 2 dua..agak kepelikkan disitu..
tapi tak kisahlah~!
tak banyak gambar yang dapat di snap..
Hanya ini~~~!!!

.......................................................................................





mak saya yang tiada gantinya dalam dunia ini, sehingga akhir nafas saya.. beliau tetap mak yang paling teristimewa dan insan yang pertama dalam hidup saya.





nampak tak atas kepala saya ??
itu lah gambar yang saya pertandingkan...
kalau nak tengok lebih jelas, lihat entry yang lepas ea...






okeyh~!! mak saya memang comei...
beliau memang rendah tapi semangat beliau dalam membesarkan empat orang anak sangat tinggi tau..
luv u lah mak~! muaahx...






hamper tue da habis kena gasak ngan anak sedara..
tinggal la sia-sia untuk makcik dia yang enter competition nie..
nanti ada masa nak habiskan voucher yang diberi...
nampak tue...beratus-ratus dan ada yang ribu-ribu..
i like it~!! yeahhh...






 p/s :
terima kasih pada kawan-kawan yang support saya.
mak, i luv u so so so so much~!! without u, im nothing...


Thursday, July 7, 2011

. Tembak-tembak .

Selamat Pagi Malaysia !

Semalam malam cheq ada join photoshoot bersama-sama team Belalang Perak.
Lokasinya di Padang Ipoh.
Inilah antara hasil-hasilnya yang dapat cheq copy dari abg photografer.
Terima kasih sebab mengajak cheq sesi tembak menembak.
Memang best sebab dorg sporting ~! 



sebelum sesi tembak cheq dijalankan.









Antara yang terlibat malam itu.
Dan selebihnya di album fesbuk saya.
Kalau nak tengok sapa photografernye , dan hasil kerja dorg..
ini dia ~! 



TERIMA KASIH ! 
len kali jemput lagi yea.

Wednesday, July 6, 2011

4th July

Selamat Petang & Selamat Sejahtera !
Tarikh ini merupakan ulang tahun kelahiran kakak kesayangan saya.


Siti Zuraidah Binti Arifin
Yang ke - 27

OKEY KAKAK?? kakak da tua da, jangan perasaan muda.

Bagi menceriakan suasana. sebagai adek yang paling adek...heheh...
Telah membuat kejutan kecil-kecilan untuk kakak, bersama-sama kawan yang lain dalam bersubahat !
tahun lepas da kena rumble, tahun nie bagi baik skit... nie dia~!!


Pengobanan sebelumnya :
~berkomplot bersama abg dean dan rakan-rakan
~pegi Jaya Jusco dengan tak mandi petang sebab nak beli kek punya pasai
~ bawak moto sambil pegang kek sorg2
~terpaksa cover line, sorok kek celah pokok bunga, taknak bagi kakak nampak
~terpaksa tunggu kat polo dekat 2 jam sebab kakak tengok wayang lambat..
~kebosanan tahap cipan masa tunggu!!!!
~ main game twiste ngn my baby, lissa and their BF.. I'm alone, single 4 awhile..='(


Bila kakak dah sampai??? 

Buat terkejut....
eh?? macam mana kita boleh jumpa kat sini??? dengan muka tak bersalahnya...
ajak kakak main twister, macam nie...tonggang terbalik..hahahaha



memang sonok giler...
tengah-tengah kakak leka, kawan-kawan laki adek datang dari belakang dia bawak kek..

wah~!!!! kakak terharu....










to kakak :
Adek cuma ada kakak sorang aje...dunia dan akhirat hanya inilah kakak yang Allah kurniakan bg adek. Tiada apa yang adek inginkan dari kakak, cuma take care urself. Adek sentiasa doakan kebahgiaan kakak dalam menempuhi hari-hari mendatang. Moga kakak sentiasa mendapat rahmatNya. Berubahlah jadi yang lebih baik dari semalam. I luv u for no reason kakak! I just only hve one kakak in this world. Just u. =')



 




Wednesday, June 22, 2011

. Kasut SuperB .

Kasut-kasut kat bawah nie memang cantik-cantik belaka.
Sudah berjaya menambat hati sanubarikuh.
Dan harga dia pun berjaya memeningkan kepalakuh.
So, cuci mata dulu ! 
Lepas nie usaha sekuat mungkin memujuk abg-abgkuh membelikan salah satu daripada ia..
I WANT IT !! arrgghhh...






















Kalau dapatlah satu je daripada nie, konpem mak bising..
''adeq, awat pi beli kasut lagi..kasut yang dalam kotak, dalam lemari tue nak buat apa ?? membazir ja.."
Oh, tak boleh tahan...nak jugak...!