Saturday, October 10, 2015

Bilik Sewa di IPOH








Assalammualaikum.

Anda mencari Bilik untuk disewa ?
Hanya untuk LELAKI !

Saya ada DUA BUAH BILIK UNTUK DISEWA.



LOKASI ; TAMAN SYABAS, IPOH ( bersebelah Ipoh Garden East )
RUMAH DUA TINGKAT

BILIK 1 : KATIL QUEEN & TILAM / ALMARI PAKAIAN 

BILIK 2 ; KATIL BUJANG & TILAM / DRAWER

Bilik air berkongsi diantara Bilik 1 dengan Bilik 2


DAPUR BERSAMA KELENGKAPAN DAPUR DISEDIA. 
Boleh digunakan bersama.



Penting !!

  MENJAGA KEBERSIHAN 




hubungi : 
JU - 0124410090


                




Thursday, March 19, 2015

Mr.J lOVe CR





Bila kami bosan
Kami buat ape je untuk mencipta kenangan
Yang pastinya.. setiap hari adalah hari yang bermakna bagi kami..

Tisu pun boleh jadi bahan...



Tuesday, March 17, 2015

KEHIDUPAN



Jatuh bangun dalam kehidupan sesuatu yang akan menjadikan kita lebih kuat atau sebaliknya. Aku mengenai erti jatuh dalam kehidupan saat rakan rakan seperjuangan yang lain sedang bertungkus lumus dalam mengerja cita cita. Tapi, ia tidak sesekali mematahkan semangat aku untuk terus bangun dan berlari. Sekiranya aku tak mampu berlari, akan aku gapai impian walaupun terpaksa merangkak. Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya tanpa satu pun terselindung daripadaMu. Kau berikan aku semangat, Kau berikan aku kekuatan, Kau berikan aku jalan. Bangunnya aku untuk kali ini bukanlah untuk mendabik dada, tetapi aku bangun demi cita cita, aku bangun demi insan insan yang aku sayangi. Alhamdullilah, syukur padaMu Ya Allah.. separuh jalan aku sudah menjalani kehidupan ini. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup aku, Semoga Allah mempelihara aku,Semoga kejayaan dalam genggaman aku. Aminnn.. 


Sunday, January 5, 2014

Pekara Yang Merosakkan Perkahwinan



Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.

6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.


 Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.


 keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.


 Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.


Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua
keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.




Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.


Kepada Mr.J -
Moga kita saling menjadi yang terbaik antara satu sama lain,
moga segala permasalahan dalam perhubungan dapat diatasi,
moga perhubungan kita kekal sehingga akhir nafas,
moga segalanya diberkati Allah dan diredhaiNya.

Amin..amin..amin..Ya RabbilAlamin..


Monday, December 9, 2013

luahan



awak...
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.
saya rasa bersyukur sangat kerana Allah telah mempertemukan kita, dan Allah mempertemukan lagi kita dalam mengeratkan perhubungan ini. Sesungguhnya, tidak sekelumit didalam hati ini untuk membuka hati ini pada awak, Tapi, awak insan yang berjaya membuka pintu hati saya dan lantas membantu saya dalam kehidupan ini. Kita dipertemukan sebagai kawan, kita saling nasihat menasihati, berbincang, mendengar dan meluahkan segala yang terpendam didalam hati.

awak...
saya bahgia dengan hadirnya awak dalam hidup saya. tak sekali pun awak mengecewakan saya. awak sentiasa berusaha dan terus berusaha dalam memberi kebahagiaan kepada saya. walaupun saya ada mengecewakan awak.. berkali kali..  tapi awak tak penah putus asa untuk menceriakan hari hari saya. awak maafkan saya dan awak bahgiakan saya, Saya tak pernah jumpa lelaki macam awak.. Sampaikan suatu hari saya, KENAPA? Awak jawab.. " cinta dalam hati saya adalah untuk awak, selagi mana saya cintakan awak selagi itulah saya akan sentiasa membahgiakan awak. "

awak...
Terima kasih...

awak...
awak tak hensem, awak gemok, awak muncit,tak kaya, bibir x cun, tua ! hahahha...
Tapi saya tak kisah semua ni sebab...
hati awak kacak ! awak kaya dengan kasih sayang ! cinta awak sentiasa muda untuk saya. awak baik sangat sangat. Terlalu banyak pengorbanan awak untuk saya.

awak...
Terima kasih sekali lagi.


Thursday, November 14, 2013

Sepi bukan bermakna hilang.

Assalammualaikum.. Salam sejahtera keatas semuanya. Wah.. persis mahu berpidato kan? Alhamdullilah cheq masih sihat sejahtera sekarang nie bersama insan insan tersayang. Syukur Ya Allah atas nikmatMu. Masih lagi cheq berdiri diatas bumiMu. Agak berbulan bulan jugak la cheq tak online belog ni. Tidak lain tidak bukan, penyakit M mengunjungi diri ini. Ahakz.... hahahhaa.. sesepi diri cheq nie bukan apa, dok bahagia mengecap keindahan alam semesta bersama insan yang sentiasa ada disisi. Dalam beberapa bulan ni dok busy mengatur kehidupan mendatang sebenarnya. Dalam mengejar cita cita. Alhamdullilah sekali lagi, berkat sabar. Apa yang dicitakan insyaAllah akan bersama diri ini.

Tapi cheq nak citer ckit. Pengalaman sendiri ni ! Ewah.. Dalam hidup ni memang kita takkan jangka apa yang akan berlaku dimasa depan. Kita rancangkan A, sebaliknya C yang menjadi. Sebelum menjadi C kita terpaksa melalui liku liku kehidupan B yang agak mencabar. Sebenarnya Allah yang Maha Mengetahui segala dilangit dan dibumi. Dan, Dia berhak mengadakan dan mengidakkan. Sesungguhnya percaturan Allah dalam hidup cheq benar benar lebih membukakan mata zahir dan mati hati cheq bahawa tiada dugaan yang Allah berikan melebihi had kemampuan hambaNya. Cheq telah melalui saat saat kekecewaan kebuntuan hilang arah tuju. Saat tu cheq betul betul tak tahu apa yang patut cheq buat. Kehidupan harus diteruskan, tapi apa yang mampu berdoa. Allah telah mendengar luahan hati ini, dengan kehendaknya selepas cheq berusaha beberapa tahun ni. Alhamdullilah Dia memberikan peluang dan arah tuju kemana harus cheq membawa diri dan masa depan cheq. Seperti yang kita ketahui bahawa Allah itu Maha Kaya. Ya ! Sememangnya Dia sekayanya.. bukan satu tapi dua rezki yang Dia berikan. Tak cheq jangka.. Dengan ujian dan dugaan kehidupan cheq, rupanya Allah ingin memberi cheq sesuatu yang lebih baik dan meninggalkan yang tidak menghargai cheq.

Inilah dikatakan. Disetiap kesabaran kita dalam mengharungi segala kesakitan, kekecewaan, penderitaan dan segala dugaan. Ada sesuatu yang lebih baik menanti dihadapan. Yang pastinya sabar dan redha dengan segalanya.

Sesungguhnya segala kesakitan yang tercipta adalah pengalaman yang mendewasakan. Pengalaman kehidupan agak cheq lebih matang dalam meneruskan kehidupan yang lebih super dupper mencabar dan tercabar. Indahnya hidup ini bila kita mengerti segalanya.


Friday, May 24, 2013

Episod 1: Pertemuan yg xpernah dirancang bersama 'gadis lesung pipit'

   Assalamulaikum....hehehehe...pertama kalinya dlm sejarah hdup aku, aku menulis blog..gile wei Mr.J menulis dlm blog.apepun pengalaman aku, ini merupakan pengalaman yg nk aku kata lucu pn ada, sweet pn ada. Yg pastinya ia tlah mjadi sjrh yg xmungkin dpt ku lupakan dlm diari hdup aku...
   Waktu tu dlm suasana bln ramadhan thun lepas (2012)..aku dgn kengkawan lepak2 kt dtrn.biasa la mengisi sisa2 waktu untuk menanti sahur dgn geng cefiro..dlm masa kitorang tgh melepak boleh pulak dtg sorang awek ni.dia dtg nek wira marron..aku igt sape, rupe2 nye awek tu knl dgn salah seorang mmb aku.mulanya aku ignore je cuma aku terpaut bila tlihat lesung pipit dipipi kirinya....sweet je mcm nk ku gigit2...tp xleh anak orang tu...then aku n kengkawan lepak mnum kt pesanjung n yg bestnye awek lesung pipit tu pn ikut sm..die dok sblh aku tp aku xbtgur lnsg dgn die..dh puas pekena teh mamak kmi pn gerak lpk polo pulak..
   Tgh dok seronok smbg2, awek lesung pipit tu nk blik dh.tp aku xnk bg blik sbb aku lum puas smbg2 dgn die..so, aku mencari helah la.hehehe..sj je ngayat nk ajak race.hehehe..gile pe cefiro nk ajak wira men..kbtln pulak laluan die nk blik sm dgn lalun aku so kmi grk skali aku ikut dr blkg..dlm ht ni dok berteka-teki nk minta no phone..smp kt 1 smpg aku potong kete awek ni n aku bhnti kt dpn.igt kn die nk bhnti rupe2nye die terus je.yg xthn nye awek siap lambai2 kt aku padahal aku bhnti dgn hrpn die pn akn bhnti.leh la aku minta no phone...tp huhuhuhu....melepas aku!tp xpela mgkn next time kmi akn bjmpa lg..ht dh bkenan apa pn sgup kn..hehehe...
   So, utk cerita kisah pertemuan antara aku dgn gadis lesung pipit ni, mcm mn aku dpt no phone die, smuanya akan bsambung lg dlm episod yg akan dtg...so, nantikan episod akan dtg ye....kepada gadis lesung pipit...nice to meet u..