Friday, May 24, 2013

Episod 1: Pertemuan yg xpernah dirancang bersama 'gadis lesung pipit'

   Assalamulaikum....hehehehe...pertama kalinya dlm sejarah hdup aku, aku menulis blog..gile wei Mr.J menulis dlm blog.apepun pengalaman aku, ini merupakan pengalaman yg nk aku kata lucu pn ada, sweet pn ada. Yg pastinya ia tlah mjadi sjrh yg xmungkin dpt ku lupakan dlm diari hdup aku...
   Waktu tu dlm suasana bln ramadhan thun lepas (2012)..aku dgn kengkawan lepak2 kt dtrn.biasa la mengisi sisa2 waktu untuk menanti sahur dgn geng cefiro..dlm masa kitorang tgh melepak boleh pulak dtg sorang awek ni.dia dtg nek wira marron..aku igt sape, rupe2 nye awek tu knl dgn salah seorang mmb aku.mulanya aku ignore je cuma aku terpaut bila tlihat lesung pipit dipipi kirinya....sweet je mcm nk ku gigit2...tp xleh anak orang tu...then aku n kengkawan lepak mnum kt pesanjung n yg bestnye awek lesung pipit tu pn ikut sm..die dok sblh aku tp aku xbtgur lnsg dgn die..dh puas pekena teh mamak kmi pn gerak lpk polo pulak..
   Tgh dok seronok smbg2, awek lesung pipit tu nk blik dh.tp aku xnk bg blik sbb aku lum puas smbg2 dgn die..so, aku mencari helah la.hehehe..sj je ngayat nk ajak race.hehehe..gile pe cefiro nk ajak wira men..kbtln pulak laluan die nk blik sm dgn lalun aku so kmi grk skali aku ikut dr blkg..dlm ht ni dok berteka-teki nk minta no phone..smp kt 1 smpg aku potong kete awek ni n aku bhnti kt dpn.igt kn die nk bhnti rupe2nye die terus je.yg xthn nye awek siap lambai2 kt aku padahal aku bhnti dgn hrpn die pn akn bhnti.leh la aku minta no phone...tp huhuhuhu....melepas aku!tp xpela mgkn next time kmi akn bjmpa lg..ht dh bkenan apa pn sgup kn..hehehe...
   So, utk cerita kisah pertemuan antara aku dgn gadis lesung pipit ni, mcm mn aku dpt no phone die, smuanya akan bsambung lg dlm episod yg akan dtg...so, nantikan episod akan dtg ye....kepada gadis lesung pipit...nice to meet u..

Wednesday, May 15, 2013

Daripada hati kecik CR



Kedinginan malam itu menyapa pipiku. Bertemankan airmata. Setiap langkahku berlalu tanpa arah tuju, hanya untuk menghabis sisa sisa malam itu seperti hari hari sebelumya. Dengan berbekal sedikit semangat yang tersisa, aku meneruskan kehidupan walaupun berat dan payah untuk aku menerima akan dugaan ini. Tapi, berbalik pada kata kata yang selalu kedengaran di telinga ini yang Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuanya. Ya ! Pastinya aku mampu menangani segalanya walaupun tiada berteman dan perit. Berlalulah ia pergi seperti mana yang aku inginkan. Dalam cubaan mengembalikan semangat yang tersisa, separuh hati yang telah pergi. Aku bertemu dengan seorang lelaki yang langsung tidak menarik perhatianku. Dalam perbualan yang rancak bersama sama rakan yang lain, aku hanya melihatnya sepintas lalu. Tidak langsung dihati aku untuk menyapanya atau berkenalan dengannya. Dia jua sebegitu, tidak berbual denganku. Masing-masing jual mahal.( ya kan? mr.j ) Malam itu diteruskan dengan berbual kosong bersama rakan rakan yang lain. Saat aku ingin pulang, dia menyata ingin pulang bersama aku kerna laluan kami sama. ( masing-masing naik kereta. ok !) Setibanya aku di persimpangan tamanku, aku melihat dia berhenti di tepi jalan. ( nak tau kenapa? tunggu entry drpd mr.j )  Dan, aku hanya meneruskan perjalanan ke rumah.

Berlalulah pertemuan pertama kami. Berlalu jualah hari hari seterusnya tanpa perkenalan. ( apa ya yang ada dalam hati mr.j ? ) Aku? tidak punya apa apa rasa kerana bagi aku cukuplah sesuatu peristiwa yang mengguris hati ini. Cukup sudah rasanya untuk punya pasangan. Proses untuk mengembalikan semangat yang akhirnya berjaya. Terima kasih atas sokongan kawan kawan rapat yang setia bersama aku. ( sayang korg ! ) Dan, ketika itu aku mendokan kebahagiaan mereka yang menyakiti aku kerana sesungguhnya kesakitan yang mereka cipta telah membuat aku menjadi lebih kuat. Suatu malam yang renyai, aku bertemu rakan rakan aku dan lantaran itu bertemu lagi aku dengan si dia yang dulu pernah bertemu. Sekali lagi, pertemuan yang tak diduga. Masih lagi aku dengan sombongnya, kerna bagi aku malas untuk mencipta suatu perhubungan dengan lelaki walaupun sekadar kawan. Tapi. siapa sangka.. rakan aku sendiri meminati si dia. Tetapi, aku terperasan yang dia hanya endah tak endah akan rakan aku tadi, Argghhh.. malas nak ambik port pun masa tu. Yang aku tahu, berbual dengan rakan rakan yang lain. Dan, tup tup... terpacul dia disebelah aku. Dan,kali ini dia cuba berbual dengan aku. Orang berbudi, kita berbahasalah. Bicara yang tidak lama mana, aku mahu pulang. Dari riak wajahnya aku melihat sesuatu yang...... ( ape ye mr.j ? ) hehehehee..... Baliklah aku malam itu. Saat aku ingin melelapkan mata, kedengaran nset aku berbunyi. Nyata sekali aku tidak mengenali nombor itu ! Hahaha ! Dia telah meminta nombor aku pada kawan aku, teruskanlah perbualan malam itu. Cubaan mengenali siapa aku dan siapa dia. 

Selepas pertemuan itu, masih jua aku dengan perangai sombong. Maklumlah, bukan mudah untuk berkawan dengan seseorang selepas hati terluka. Kesian sangat pada dia. Setiap hari pasti ada mesej daripada dia. Aku hanya balas 2 3 mesej, selepas tu terus aku mendiamkan diri. Tapi aku nampak akan kesungguhannya yang cuba mencipta suatu hubungan antara kami. Tapi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan, aku memberi alasan budakbudak pada dia kenapa aku tidak membalas mesejnya. " maaflah! saya jarang top up "  munasabahkah zaman sekarang mudamudi takda kredit ? hahaha...lawaknya alasan aku masa tu. Sehingga aku menerima mesej ala ala sweet... ( apa?? next entrylah, mr.j will be the writer ) Aku masih meneruskan perangai aku, dan dia tak give up langsung walaupun lama jua aku begitu. He's so sweettttt~! Sangat penyabar untuk mengenali aku lebih dalam. Teruslah dia menghubungi aku walaupun aku hanya endah tak endah. Akhirnya terbuka hati aku pada suatu petang untuk bertemu dengannya. Pertemuan yang dijanjikan membawa kami ke Taiping bersama sama rakan kelab kereta dia. Di sini, kami bermula bicara dengan lebih rapat. Ya ! Dia seorang lelaki yang berbeza. Sifatnya yang peramah dan aku yang banyak mulut membuatkan kami tak henti henti bergosip, gelak tawa bersama. Dia yang sangat menghormati kaum hawa membuatkan hati aku terpaut. Dan, paling penting cara dia memandang dunia dan kematangannya. Sungguh berlainan benar caranya. Maka, terbuka hati aku untuk berkawan dengan dia. Sekurang kurangnya dia sentiasa ada bila aku berbicara akan kekecewaan aku. Begitu jua dia, siapa tahu dalam gelak tawa dia terpendam sesuatu yang tiada siapa memahami. Dalam kehidupan yang kelihatan sempurna terselit sesuatu kekosongan. Dan, siapa tahu.. pertemuan dan perkenalan kami telah menjadikan ia suatu hubungan yang lebih akrab. Kami saling meluahkan kesedihan dan kekecewaan. Dan, kami jua saling nasihat menasihati. Lantaran, rapatlah perhubungan ini. Tetapi, sejauh mana hubungan ini akan mampu pergi, hanya Allah yang tahu. Aku dan dia hanya menyerahkan segalanya pada takdir. Tapi yang pasti, dia adalah insan yang baik dan sangat beruntung sesiapa yang memilikinya. Aku? Menyerahkan segalanya pada qada dan qadar. 













Monday, May 6, 2013

malam itu...


Pertemuan pertama yang tidak dirancang. Setiap atur langkahku sudah ditetapkan olehNya yang mengetahui di langit dan di bumi. Dengan membawa hati yang lara, dengan kekecewaan yang tiada berteman.. aku meneruskan langkah malam itu tanpa seorang pun tahu ape yang tersirat dan tersurat. Hanya senyuman palsu yang terukir di bibir ini. Dalam tawa aku menyimpan seribu kesedihan. 

Pertemuan kali pertama yang takkan pernah aku lupakan. Disaat cuba untuk bangun kembali aku bertemu dengan seseorang yang bisa membuat aku ketawa dengan gelagatnya yang agak peramah. Tapi masih lagi aku berlagak sombong, tidak mahu hati ini diterokai oleh mana mana insan yang bernama lelaki. Berbulan lamanya aku menyepikan diri dan meninggalkan tanda tanya pada dirinya siapa aku. Takdir menemukan kami kembali. Berbicara kami lagi. Dan, kali ini si dia tidak melepaskan peluang untuk mengenali diri ini. 

Masih lagi aku dengan watak sombong.. tapi si dia tidak pernah putus asa untuk berhubung dengan aku. Terdetik dihati aku, apa salahnya untuk berkawan. Tidak semua lelaki itu sama kan? Ternyata ! Si dia amat berbeza. Sangat menghormati dan menjaga diri ini sebaiknya.
Alhamdullilah.. dipertemukan dengan insan yang banyak memberi dorongan dan semangat. Hanya Allah yang bisa membalas segala kebaikanmu pada diriku.
Hati ini terbuka sudah untuk dirimu.
Dia adalah MR.J

Semoga perhubungan kita diredhaiNya.


Sunday, May 5, 2013

I'm back !

Assalammualaikum...

Wahhhhh....lama betul tinggalkan belog nie..dah macam hape aje rasanya...almaklum laaa.. macam2 yang berlaku dalam kehidupan nie membuatkan diri ini mengalami kemalasan yang terlampau.. pelbagai dugaan membuat diri ini takda mood nak menulis belog buruk nie.. tapi ! Alhamdullilah..berkat sokongan dan dorongan daripada insan yang menyayangi diri ini. Cheq kembali seperti sediakala dan meneruskan  kehidupan ini disamping insan yang ikhlas menyayangi diri ini seadaanya. Syukur..

Apa yang berlaku biarkan ia terus berlalu. Hidup harus diteruskan. Kegagalan dalam masa lepas bukanlah bererti gagal selamanya. Kan? Semoga diri ini terus tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang pastinya ada kenangannya tersendiri. Terima kasih pada yang tidak pernah putus asa berada disisi diri ini untuk bangun kembali. Terima kasih jua pada yang menyakiti dan megecewakan, ia adalah suatu pengalaman yang mendewasakan diri ini agar matang dalam menangani masalah kehidupan. Terima kasih semua.

Saturday, May 4, 2013

fakta hati

Terkadang apa yang kita impikan takkan tercapai seperti yang dirancang walaupun pelbagai usaha dilakukan dan melalui pelbagai cabaran untuk mengapai impian tersebut. Sebab itulah adanya perpatah ' kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya. Apa yang mampu, janganlah meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu yang tak pasti. Kelak, diri sendiri yang akan kecewa dan punah. 

Tapi dengan setiap pekara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kekecewaan dan kesedihan pasti kebahagiaan menanti dihadapan. Cuma jangan pernah berputus asa dan mengalah dalam mencari kebahagiaan disamping berdoa padaNya.