Wednesday, May 15, 2013

Daripada hati kecik CR



Kedinginan malam itu menyapa pipiku. Bertemankan airmata. Setiap langkahku berlalu tanpa arah tuju, hanya untuk menghabis sisa sisa malam itu seperti hari hari sebelumya. Dengan berbekal sedikit semangat yang tersisa, aku meneruskan kehidupan walaupun berat dan payah untuk aku menerima akan dugaan ini. Tapi, berbalik pada kata kata yang selalu kedengaran di telinga ini yang Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuanya. Ya ! Pastinya aku mampu menangani segalanya walaupun tiada berteman dan perit. Berlalulah ia pergi seperti mana yang aku inginkan. Dalam cubaan mengembalikan semangat yang tersisa, separuh hati yang telah pergi. Aku bertemu dengan seorang lelaki yang langsung tidak menarik perhatianku. Dalam perbualan yang rancak bersama sama rakan yang lain, aku hanya melihatnya sepintas lalu. Tidak langsung dihati aku untuk menyapanya atau berkenalan dengannya. Dia jua sebegitu, tidak berbual denganku. Masing-masing jual mahal.( ya kan? mr.j ) Malam itu diteruskan dengan berbual kosong bersama rakan rakan yang lain. Saat aku ingin pulang, dia menyata ingin pulang bersama aku kerna laluan kami sama. ( masing-masing naik kereta. ok !) Setibanya aku di persimpangan tamanku, aku melihat dia berhenti di tepi jalan. ( nak tau kenapa? tunggu entry drpd mr.j )  Dan, aku hanya meneruskan perjalanan ke rumah.

Berlalulah pertemuan pertama kami. Berlalu jualah hari hari seterusnya tanpa perkenalan. ( apa ya yang ada dalam hati mr.j ? ) Aku? tidak punya apa apa rasa kerana bagi aku cukuplah sesuatu peristiwa yang mengguris hati ini. Cukup sudah rasanya untuk punya pasangan. Proses untuk mengembalikan semangat yang akhirnya berjaya. Terima kasih atas sokongan kawan kawan rapat yang setia bersama aku. ( sayang korg ! ) Dan, ketika itu aku mendokan kebahagiaan mereka yang menyakiti aku kerana sesungguhnya kesakitan yang mereka cipta telah membuat aku menjadi lebih kuat. Suatu malam yang renyai, aku bertemu rakan rakan aku dan lantaran itu bertemu lagi aku dengan si dia yang dulu pernah bertemu. Sekali lagi, pertemuan yang tak diduga. Masih lagi aku dengan sombongnya, kerna bagi aku malas untuk mencipta suatu perhubungan dengan lelaki walaupun sekadar kawan. Tapi. siapa sangka.. rakan aku sendiri meminati si dia. Tetapi, aku terperasan yang dia hanya endah tak endah akan rakan aku tadi, Argghhh.. malas nak ambik port pun masa tu. Yang aku tahu, berbual dengan rakan rakan yang lain. Dan, tup tup... terpacul dia disebelah aku. Dan,kali ini dia cuba berbual dengan aku. Orang berbudi, kita berbahasalah. Bicara yang tidak lama mana, aku mahu pulang. Dari riak wajahnya aku melihat sesuatu yang...... ( ape ye mr.j ? ) hehehehee..... Baliklah aku malam itu. Saat aku ingin melelapkan mata, kedengaran nset aku berbunyi. Nyata sekali aku tidak mengenali nombor itu ! Hahaha ! Dia telah meminta nombor aku pada kawan aku, teruskanlah perbualan malam itu. Cubaan mengenali siapa aku dan siapa dia. 

Selepas pertemuan itu, masih jua aku dengan perangai sombong. Maklumlah, bukan mudah untuk berkawan dengan seseorang selepas hati terluka. Kesian sangat pada dia. Setiap hari pasti ada mesej daripada dia. Aku hanya balas 2 3 mesej, selepas tu terus aku mendiamkan diri. Tapi aku nampak akan kesungguhannya yang cuba mencipta suatu hubungan antara kami. Tapi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan, aku memberi alasan budakbudak pada dia kenapa aku tidak membalas mesejnya. " maaflah! saya jarang top up "  munasabahkah zaman sekarang mudamudi takda kredit ? hahaha...lawaknya alasan aku masa tu. Sehingga aku menerima mesej ala ala sweet... ( apa?? next entrylah, mr.j will be the writer ) Aku masih meneruskan perangai aku, dan dia tak give up langsung walaupun lama jua aku begitu. He's so sweettttt~! Sangat penyabar untuk mengenali aku lebih dalam. Teruslah dia menghubungi aku walaupun aku hanya endah tak endah. Akhirnya terbuka hati aku pada suatu petang untuk bertemu dengannya. Pertemuan yang dijanjikan membawa kami ke Taiping bersama sama rakan kelab kereta dia. Di sini, kami bermula bicara dengan lebih rapat. Ya ! Dia seorang lelaki yang berbeza. Sifatnya yang peramah dan aku yang banyak mulut membuatkan kami tak henti henti bergosip, gelak tawa bersama. Dia yang sangat menghormati kaum hawa membuatkan hati aku terpaut. Dan, paling penting cara dia memandang dunia dan kematangannya. Sungguh berlainan benar caranya. Maka, terbuka hati aku untuk berkawan dengan dia. Sekurang kurangnya dia sentiasa ada bila aku berbicara akan kekecewaan aku. Begitu jua dia, siapa tahu dalam gelak tawa dia terpendam sesuatu yang tiada siapa memahami. Dalam kehidupan yang kelihatan sempurna terselit sesuatu kekosongan. Dan, siapa tahu.. pertemuan dan perkenalan kami telah menjadikan ia suatu hubungan yang lebih akrab. Kami saling meluahkan kesedihan dan kekecewaan. Dan, kami jua saling nasihat menasihati. Lantaran, rapatlah perhubungan ini. Tetapi, sejauh mana hubungan ini akan mampu pergi, hanya Allah yang tahu. Aku dan dia hanya menyerahkan segalanya pada takdir. Tapi yang pasti, dia adalah insan yang baik dan sangat beruntung sesiapa yang memilikinya. Aku? Menyerahkan segalanya pada qada dan qadar. 













No comments:

Post a Comment