Monday, February 21, 2011

. pokpek pepagi .


. Dalam kehidupan kita,orang tua-tua selalu menasihati kita yang muda nie, dalam berkawan biar pandai memilih. Jangan melihat pada luarannya yang segak bergaya / berkedudukan / berharta. Itu hanya sifat duniawi sahaja,sebalik nilailah hati sebaik mungkin / selami jiwa / kenal peribadi seseorang yang kita hendak kenali. Jangan menghukum seseorang yang tidak berharta sebagai seseorang yang tidak berguna. Adakah mereka yang berharta mampu memberi kebahagiaan yang ikhlas? Adakah mereka yang mempunyai kereta mewah memberi kita cinta yang suci? Adakah mereka yang berumah besar boleh menerima seadanya kita ? Tepuk dada,tanyalah hati. Inilah rona kehidupan yang berputar setiap minit. setiap hari ,setiap masa hinggalah akhir zaman. Pelbagai manusia dengan pelbagai ragam kita akan temui.

Itu baru muqadimah. hehe..interest yg saya bagi nie adalah berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri dari kaca mata seorang perempuan yang sederhana. Saya selalu lihat, gadis-gadis zaman sekarang lebih memilih lelaki yang sedia ada kedudukannya sehinggakan sanggup bermadu / mengambil suami orang sampai bercerai berai. Tak dinafikan kedudukan itu penting bagi menjamin masa depan. Gadis berhak memilih jejaka yang sempurna untuk dijadikan suami yang bakal membimbing sebuah keluarga sempurna berlandaskan agamaNya. Tapi jangan pula mendirikan masjid atas keruntuhan masjid yang lain. Fikirankan andai itu terjadi pada kita. ermm...

First...yang paling best ! saya mengalaminya sendiri. Pada luaran dia memang sempurna. Mempunyai kerjaya yang boleh mejamin masa depan,berkedudukan dan sebagainya. Malangnya suami orang ? Oh no ! Hidup bermadu ?? Terima kasih,isterinya terlalu sempurna. Perlukah mencari isteri kedua ? Saya tidak tegar melakukan sedemikian kerna saya jua wanita,pastinya saya fahami situasi apabila orang mengambil suami saya. Saya mengundur diri. Para suami,hargailah wanita yang sudah bergelar isteri. Andainya ada salah si isteri,bimbinglah ia. bukan mencari yang baru. Next !! biasalah dalam kehidupan kita pasti akan bertemu dengan ramai orang yang cuba mendekati kita. Pada mulanya saya terpaut dengan sifat romantiknya / caring / baik. Mana-mana gadis akan berkata ! He's my Mr. Right !!!! hahhaaa....pada luaran sahaja dia sebegitu. Bila diselidik latar belakang..Oh my god !!! BUAYA DARAT ?! hahaha....luckly tahu awal... so,the conclusion..larikkkkk.......! Takkan nak stay nk buaya? xmo laa...even carier dia boleh memberi kesenangan hidup tapi kesenangan hati bagaimana?? tidak !

Justeru itu,kita fikirlah sebaik mungkin...muhasabah diri sebaik-baiknya..Nilai pasangan yang kita hendak jadikan pasangan sehidup semati. Jangan menyesal kemudian hari. Yang penting ! jangan tangkap muat aje !! kelak binasa diri..Bagi saya,walaupun dia tak kacak / hitam / muncit / tidak berharta. Tapi ada sesuatu yang saya sangkut hati padanya. Keikhlasan si dia menerima saya seadanya / menyayangi saya sepenuh hati / sanggup berkorban demi hubungan kami. Saya tidak perlu dibawa makan ke hotel 5 star / shopping barangan berjenama lebih2 / tengok waayang hari2. Cukuplah sekadar dia menyenangkan hati / melapangkan jiwa. Itu sudah membuatkan hidup saya berjalan lancar. Apa pun,kita mampu merancang. Segalanya Dia yang menentukan. Kita sebagai manusia biasa yang kadang kala terlepas pandang / terlajak kata / tersalah perbuatan. JOM ! patah balik...mula dari zero..berdasarkan agama Allah. Pasti segalanya akan diaturkan dengan mudah. InsyaAllah..



.

No comments:

Post a Comment