Tuesday, October 5, 2010

S A B A R

Orang kata sabar itu ;

Separuh dari iman
Dapat pahala
Disukai Allah
Dapat mengawal diri
Sentiasa dilindung dirinya
Merupakan antara orang yang beriman


Itu orang kata, saya bukan Nabi atau Rasullulah yang bersabar setelah pelbagai tindasan yg diperlakukan terhadapnya. Saya hanya manusia biasa yang kerdil yang tidak hatinya di cuci bersama air zam-zam. Yang sentiasa dirombak dengan pelbagai cubaan & dugaan. Saya manusia yang merupakan hamba kepada Penciptanya yang tidak terlepas daripada cabaran kehidupan. Tapi bagaimana harus saya menempuhi dugaan ini dengan hati yang tabah sedangkan hati ini diulit dengan perasaan yang sudah mengalah?

Aku sedang mencari kekuatan untuk melawan perasaan ini,perasaan yang tak menentu,perasaan yang kurang baik….adakah kekuatan lain yang bisa membantuku melawan
perasaan ini…jika memang ada lalu dimanakah kekuatan itu berada?dapatkah aku menemukannya?? siapakah sudi yang membantu aku melawan perasaan ini?? Ya Allah,bantuilah hamba ini.

No comments:

Post a Comment