Tuesday, October 5, 2010

. Sebelum & Selepas Bersabar .





Korang describe la sendiri ape dah jadi kat aku nie. Mase aku bahagia memang badan aku mendadak naik sampai 56 kg. Tapi,tak semuanya indah dalam kehidupan juga kan? Disebabkan terdapat cabaran dalam hidup aku. Aku menerimanya dengan hati terbuka & aku sedar mungkin ini berlaku kerna kesilapan aku yang lampau. Aku sangkakan pengorbanan aku akan dihargai tapi jauh sekali. Aku dikecewakan selama berbulan2. Selama tempoh ini pelbagai aku tempuhi seorang. Kecewa / sedih / merana / derita / marah / geram / sakit hati . Semuanya bercampur-baur. Tapi aku meredhainya yang akhirnya menjadikan aku seperti gambar yang kedua. Aku kehilangan berat badan kerana terlalu bersedih. Hahahaha. So, Girlz out there ! No need go to Londan Weight Management. Bercinta la bagai nk mampus, pastu break off ! Makan hati berulam jantung la. Berbulan korang tak makan nasik konpem dapat hasil cam aku ! Jimat beras nak masak ! Tak payah g pusat kuruskan badan ! jimat peluh nak pi berjogging. Hahahahaa. Gelak,gelak jugak. tapi mase tempoh nie. Tuhan saja yang tau,betapa merananye. Hari-hari berendam air mata. SEKSA wei !!

Tapi haruskah aku mensyukurinya selepas dia kembali pada aku apabila aku berjaya harungi semua ini? Haruskah aku menerimanya? Ya,aku menerimanya kembali. Bagi aku, manusia bisa melakukan kesilapan, semoga dia menyedarinya & berubahlah. Aku tetap memberi dia peluang untuk buktikan apa yang dijanjikan. Hargailah peluang yang diberikan. Jangan sia-siakan lagi. Selagi hati ini mampu bersabar / teguh untuk bersama,manfaatkan la. Kesabaran ada had. Seteguh mana,walaupun tidak boleh diruntuhkan tapi ia masih mampu bergoyang.

No comments:

Post a Comment